Friday, August 14, 2009

Kuih Tahi Itik


kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur.

Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala masdan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Kuih tahi itik ada terdapat dijual secara meluas pada musim tertentu. Ia mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim.

Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.

No comments:

Post a Comment