Friday, August 14, 2009

Ikan Singgang Terengganu Dan Cara membuatanya


Selalunya orang Terengganu memang suka makan ikan singgang bersama budu,dan ulam-ulaman ,di Kampung saya Ikan singgang amat popular sebagai pembuka selera berbanding lauk ayam . Di sini ada cara untuk membuat ikan singgang..selamat mencuba..


Bahan-Bahan :
5 Ekor ikan Aya/tongkol atau ikan Kembong
¼ inci Lengkuas
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor
2 biji cili hidup dipatahkan garam secukup rasa air secukupnya

Cara:
Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.
Cadangan Hidangan:
Dimakan panas bersama tempoyak dan sambal belacan. Sangat sesuai dimakan bersama pelbagai jenis ulam.

Kuih Tepung Gomok


Tepung Gomok atau juga dikenali sebagai buah gomok, atau gomak merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut/ tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri. Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis.

Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Kuih Tahi Itik


kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur.

Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala masdan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Kuih tahi itik ada terdapat dijual secara meluas pada musim tertentu. Ia mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim.

Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.

kuih Nekbat


kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bauhulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Islah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang. Nekbat (Kuih Tradisional Terengganu)

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras 12 biji telur ayam 500 gm gula 5 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat. * 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.


'SELAMAT MENCUBA'

Kuih Akok


Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis.
Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama.. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

Nasi Dagang


Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol). Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Biasanya, di Terengganu nasi dagang banyak di hidangkan semasa musim perayaan .

Nasi Kerabu dan cara membuatnya


Dulu ,Terengganu dan Kelantan memang terkenal dengan nasi kerabu ,tetapi sekarang kesemau negeri sudah terkenal dengan keenakan nasi kerabu .Jadi saya telah sediakan resepi untuk membuat nasi kerabu untuk pengunjung blok saya..selamat mencuba


Bahan-bahan:
Nasi putih [boleh juga buat nasi warna biru.selalunya masak ngan bunga warna purple .masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Sambal Ikan : Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan. NOTA: Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng boleh dimakan bersama nasi kerabu..sedap..

satar


Satar adalah makanan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa yang terkenal Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid . Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Resepi satar :

400 g isi ikan tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan
Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

laksam dan cara membuatnya


di utara terkenal dengan Laksa di terengganu pula terkenal dengan Laksam ,disini saya ada menyediakan resepi untuk membuat Laksam ..selamat mencuba..


Bahan-bahan membuat laksam:
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1/2 sudu kecil air kapur
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)Angkat dan gulung kemas-kemas. Buat hingga selesai semuanya.Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah ke atasnya secukup rata apabila dihidangkan.

Bahan untuk kuah:

4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut diambil santannya
2 keping asam gelugursedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat.Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:

Daun kesum secukupnya dimayang halusKacang panjang secukupnya dimayangTimun dimayangDaun selasih/kemangi dimayang

keropok lekor


Keropok lekor merupakan sejenis makanan traditional pantai timur, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji.


Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Budu dan khasiatnya


Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu biasanya enak dimakan bersama ulam-ulaman..saya selalunya makan budu yang dicampur dengan asam limau dan bawang.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Sunday, July 12, 2009

makanan popular dan tradisional terengganu



Selamat datang ke Zuliawati blogspot yang membincangkan makanan tradisional dan makanan popular di Terengganu,seperti Keropok Lekor,Nasi Kerabu,Budu,KuihTahi Itik,Akok,Satar,Nasi Dagang,Nekbat,Laksam dan pelbagai lagi jenis makanan .


Selain pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis makanan Terengganu, pengunjung juga dapat mengetahui cara - cara pembuatan sesetengah makanan yang dipaparkan..



SEMOGA TERHIBUR.....TERIMA KASIH.......