Saturday, October 2, 2010

Entah la kenapa baru terasa nak main blog ni..dulu gila tagged lps tu fb..skrg ke blog..pe2 hal aku memang suka dgn komunikasi ni..wah gitu..

Friday, August 14, 2009

Ikan Singgang Terengganu Dan Cara membuatanya


Selalunya orang Terengganu memang suka makan ikan singgang bersama budu,dan ulam-ulaman ,di Kampung saya Ikan singgang amat popular sebagai pembuka selera berbanding lauk ayam . Di sini ada cara untuk membuat ikan singgang..selamat mencuba..


Bahan-Bahan :
5 Ekor ikan Aya/tongkol atau ikan Kembong
¼ inci Lengkuas
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor
2 biji cili hidup dipatahkan garam secukup rasa air secukupnya

Cara:
Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.
Cadangan Hidangan:
Dimakan panas bersama tempoyak dan sambal belacan. Sangat sesuai dimakan bersama pelbagai jenis ulam.

Kuih Tepung Gomok


Tepung Gomok atau juga dikenali sebagai buah gomok, atau gomak merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut/ tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri. Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis.

Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Kuih Tahi Itik


kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur.

Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala masdan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Kuih tahi itik ada terdapat dijual secara meluas pada musim tertentu. Ia mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.

Kuih tahi itik ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya adalah bermusim.

Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.

kuih Nekbat


kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bauhulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Islah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang. Nekbat (Kuih Tradisional Terengganu)

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras 12 biji telur ayam 500 gm gula 5 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat. * 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.


'SELAMAT MENCUBA'

Kuih Akok


Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis.
Kuih akok agak melekit dan dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama.. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

Nasi Dagang


Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol). Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Biasanya, di Terengganu nasi dagang banyak di hidangkan semasa musim perayaan .